Sunday, October 21, 2012

Pembaharuan

Assalamualaikum,

pejam celik pejam celik. dah nak habis semester 4. dan tinggal lagi 1 semester di kolej, lagi 1 semester praktikal. Tahun pun dah nak berlabuh, tinggal berapa bulan saja lagi nak menghitung hari tua, ke angka aku bebas.

Sebelum melangkah, aku mahu undur. setapak. dua tapak. tiga tapak. *tarik nafas*. Macam macam dugaan. bermula aku mula kenal belog sampai aku rasa dah tahap boleh kahwin. dan belog jugaklah yang simpan macam macam kenangan untuk aku. nak harapkan otak - nyanyuk adalah. boleh pulak tak ingat bila time happy bila time sedih. mungkin jugak sebab otak dah tepu dengan segala macam yang di lalui.

"Dia itu adil - Kak Nuha ", betul. tak perlu di sangkal. Yes, i miss you like you did miss me, dearest sister. It is more hurtful since i miss each of my mates, especially those were my pillow mates, Putput and Rosie Adam. hahah. we share everything. gembira, sedih, ketawa, menangis. semua sekali. tapi apakan daya, Tuhan dah putuskan, akan ada orang kacau rumah kita. Tak apalah, walaupun sekejap je jodoh tu, sekurang kurangnya kita cuba pertahankan.

kenapa aku rindu sangat dekat kawan kawan sana? entahlah. kat sini memang aku betul betul survivor. ujian demi ujian getir kena lalui. Tuhan ada "hadiah" untuk aku mungkin. sebak. tak mampu nak teruskan. Ya Tuhan, cukuplah. aku doakan mereka bahagia.

aku pulak? cuba untuk bangun dan lakukan pembaharuan. sedikit demi sedikit. kalau jatuh, aku perlu bangkit lagi. cuba sedaya upaya untuk tegak. Tuhan dah tolong balaskan sepatutnya. Terima kasih Tuhan.




p/s : Terima kasih Ya Allah kerana buka kan jalan untukku. syukur.

No comments: