Tuesday, November 8, 2016

Hati

Assalamualaikum..

Errmmm.. dah lupa macam mana cara nak luahkan. I have been hurt too much. Pada paksi situasi sekarang, tak mintak lebih, cuma kilas pandangan. Cukup lah sekadar tanya "okay ke?". Should I gave up? kadang orang tak pernah hargai bila benda depan mata, bila dah tak ada, baru semua "eh mana?" Seriously I am just tired to pleased everyone. It hurts me badly, deeply - itupun kalau kau nak tahu la.

Tuesday, October 18, 2016

Internshit

Assalamualaikum,

Sekarang aku tengah berada dalam fasa kejatuhan, bukan kejatuhan dipijak tapi jiwa aku di bawa pergi, kemudian jatuh. Aku paling tak suka berada dalam fasa ni. Semuanya terhad, kau rasa di perhatian. Kau cuba jadi badut, tapi akhirnya di benci, di sisih, dihina - ah jijik.

Setiap hari kau cuma mampu berdoa, percepatkanlah tempoh kejatuhan ini. Pedih. Kau kembali tidak punyai rasa, menghambakan diri.

Setiap hari kau datang - hadap muka orang yang tak suka - tahan maki - balik - selama - enam - bulan. Sekali lagi, Ya Tuhan, Engkau perceptkanlah tempoh masa ini. Amin.

Thursday, October 29, 2015

Hanging

Assalamualaikum..

I am here. Datang, untuk luahkan, muntahkan pedih. Sebenarnya apa Tuhan nak? Apa sebab kau dicipta? Kau tengok orang lain, macam princess, macam prince je kehidupan. Kau? Beban je ada. Baru nak settle satu datang lagi satu.

Kau hidup pun menyusahkan. Betul, orang cakap pandang yang tengah berperang tu, hidup susah. Eh, kau lupa ke? Dorang tu mati syahid, syurga dah jaminan. Yang kau hidup ni, kerja buat dosa je. Hidup pun dah give up, dah tak ada tujuan, elok hilang nyawa je.

Bila kau dah give up, cuba sorok dan cuba kuat, balik balik kau kena tindih lagi. Orang hentak kau kelantai lagi. Orang tak kenal tak apa la kot, tapi bila yang campak kau sampai bawah tanah tu orang yang kau sayang, (well at least kau cuba), kau percaya, apa je lagi yang tinggal? Tak ada apa lagi dah. Hati pun sebu je.

Sometimes, aku nak je patah balik, undurkan masa, bisik dekat abah, jangan buat macam tu dekat mama. Nanti, korang cerai, aku yang kena tanggung. Kena herdik, kena hina,orang pandang rendah. Paling penting aku nak jerit dekat abah, bagi kasih sayang cukup cukup dekat aku, please? Ajar aku macam mana bapak orang lain didik anak dia, tolong sangat.

Monday, August 17, 2015

That Little Thing

Assalamualaikum...

Jenis bila otak dah nak meletup sebab serabut baru reti nak cari tempat mengadu. Menyesal. Pernah tak timbul rasa menyesal lepas buat sesuatu. Maksud aku, betul betul menyesal lepas buat sesuatu tu. Banyak jenis kondisi dan keadaan yang buat kau rasa sesal dan sebal.

Kau cuba buat bodoh tapi sebenarnya setiap masa kau ingat dan menyesal.

Syawal tahun ni sederhana, tapi tetap syukur sebab masih boleh nikmati bulan mulia selepas Ramadhan tu. Tapi yang buat rasa spoil bila rasa sambut Syawal tahun ni bukan macam satu tahun yang kau rasa sayang sangat nak lepaskan dia pergi. Faham tak?

Syawal yang bila semua ahli keluarga kau berkumpul, penuh dengan gelak tawa, ikhlas, seronok. Waktu tu kau rasa, jangan lah Syawal ni berlalu, jangan habis pun tapi paling teruk pun kau doa, Syawal yang seterusnya lebih best dan gempak.

Syawal yang seterusnya tu datang, sapa kau. Tapi rasa tu tak sampai. Kau rasa ada benda tak cukup. Tapi tak apa, kau berharap lagi semoga Syawal depan nanti akan ulang Syawal yang kau seronok tu. TAPI TAK JUGAK.

Aaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhh, sudah ! Mana ni? Bila ni? Lambat lagi ke?

At the end, rasa Syawal yang paling seronok tu tak datang jugak sampai lah Syawal yang paling latest, its getting worst. Tak ada makna sepalit pun. Kali ni kau tekad, doa kau setiap waktu yang ada, kau nak everything's fixed. Semoga Tuhan berikan rasa Syawal yang kau berharap tu suatu hari nanti. Gelak ketawa, kongsi berkongsi, dan paing penting, rasa Syawal tu - wujud. Tak apa, angan angan boleh jadi realiti,kan?


Monday, June 8, 2015

Benci

Assalamualaikum..

Benci.

Perkataan yang mudah di ucap
Terpatri tepat di lubuk hati

Terkadang bila simpan
Muncul pula dendam

Dendam.

Perkataan yang tak mudah di ucap
Tapi wujud dalam diri setiap insan yang bergelar manusia

Terkadang lahir tanpa sedar
Muncul tanpa di pinta

Benci dan Dendam

Hadir tanpa sedar
Akhirnya membuatkan diri di asing

Ahhhhh
Manusia dan egois bagai isi dan kuku.

Lelah dan penat untuk memohon dengan Ilahi agar di buang jauh perasaan yang dua itu.
Tapi sebenarnya, diri sendiri yang tak mahu buang, sedang Ilahi sudah beri jalan dan peluang.