Sunday, September 23, 2012

The Letter

Assalamualaikum,

yes, i come again belog. betul, aku tengah celaru dan sedih. maaf aku guna kau bila perlu je. sebeleum aku luah, aku ada satu soalan, Tuhan tu adil, tapi kenapa Dia bagi ujian terlalu berat?

kalau lah melawan tu bukan satu dosa, aku dah lama nak maki. aku nak tanya, kenapa dia? kenapa paksa? kenapa tentukan hidup aku? you know me for almost 20 years. you should know apa yang terbaik untuk aku. ini tidak, paksa sebab ikut hati sendiri. sekarang aku dah terperangkap. terukurung dalam suatu tempat yang gelap. tak ada sedikit cahaya mahupun sinar.

benar, aku sudah penat mahu melalui semua ini. sekarang aku salah kan semua yang ada di keliling aku. kenapa? kenapa?? kenapa??? Tuhan, tolong jadikan ini satu mimpi khayalan sahaja. aku benci dengan apa yang sedang aku lalui. orang mungkin suka. tapi aku merana.

kebahagiaan berkeluarga dah lama kena ragut. kenapa susah untuk aku rasa kasih sayang tu? aku penat untuk cuba jadi yang terbaik. aku cuma manusia yang tahu memberontak. semakin di paksa semakin aku benci semakin aku melawan. benarkan aku keluar daripada kepompong ini. tolong.

aku hilang segala galanya sekelip mata. semuanya demi kepuasan semua orang. habis, kepuasan aku siapa pernah tanya? ada orang cuba pernah mengambil berat apa yang aku mahu? sekali pun tak pernah. bila aku cuba berangan, orang akan perli dan panggil dengan segala macam. habis, apa lagi aku mampu buat?

tenat. cuma itu gambaran jiwa berkecamuk aku sekarang. orang mungkin akan baca dan kemudianya perli. sebab kau tak akan faham. mungkin jugak sebab kau datang nya daripada keluarga bahagia. kau di besarkan dengan kebebasan. tak pun, kau tak pernah merasa kehilangan segala galanya.

topeng - orang suka pakai. kenapa? sebab topeng boleh lindung apa jua. umpama, syaitan yang bertopengkan manusia. muka nampak suci, tapi perangai - nauzubillah. entahlah, setiap hari aku berdoa agar aku capai kebahagiaan tu. biarlah angan angan aku yang satu itu musnah, janji angan angan untuk aku bahagia, menjadi realiti.

p / s  : i'm so stupid because i'd listen to you. now you deserves this. INDEED ! hell is mine but it's because of you.

No comments: