macam rajin pulak nak update belog malam nie. teringat dulu dulu. nak ada mood update wajib - tutup lampu dan dengar lagu. tapi sekarang semua tu dah berubah. tutup aja lampu mata pun tutup. nampak kan? perubahan.
semua orang melalui perubahan. cuma aku - jenis yang tak boleh terima dan adaptasi perubahan tu, lagi lagi bila perubahan drastik. mungkin sifat aku jenis yang tak nak berhijrah. sebenarnya banyak juga aku berubah - tambahan bila mak ayah tak sebumbung lagi dah. ya ya, aku tahu, orang akan judge cakap kenapa nak salahkan broken family. ini jawapan aku, sebab kau tak pernah rasa.
aku berubah, dari kecil jadi besar. tinggi aja tak berubah. dari kurus jadi gemuk. dari gembira menjadi sedih. banyak sangat berubah. aku rebel. kenapa? sebab aku bodoh which is jawapan paling mudah. aku tahu, aku rindukan watak aku yang dulu begitu juga semua orang. tapi semua orang yang telah merubah aku.
aku benci hidup aku sekarang. tak teratur. semak. orang cuma tahu berikan arahan. cuba aku yang berikan arahan yang sama. beribu alasan akan keluar. manusia, biasalah tu. rahsia orang kau suka korek, rahsia sendiri kalau bocor riuh satu dunia siap nak saman menyaman lagi. sebab tu aku cakap manusia nie bodoh.
perubahan paling ketara, bila tak ada tempat mengadu. sedih kan? hilang tempat mengadu sangat pedih sebab itu maknanya kau hilang orang yang kau percaya. kau akan rasa tak ada orang peduli. nak jumpa orang yang faham kita - susah. orang yang judgemental - berlambak. itu belum kira yang suka jaga tepi kain orang. sungguh aku rindu pada tempat mengadu aku.
p/s : manusia mudah lupa pada kebaikan malah cepat benci kerana sekelumit salah. itu sebab manusia bodoh.
No comments:
Post a Comment