Wednesday, March 24, 2010

Terluah Bangga?

betul cakap orang,bila kita meluahkan,kita akan rasa kelegaan.tapi,kenapa aku tak lega.sedikit mungkin.terseksa banyak.saat aku melihat dia untuk pertama kali selepas kejadian membanggakan tu,aku rasa berdebar dan rindu datang menyapa seperti angin yang meyapa rambut aku waktu itu.aku ketawa,cuba mungkin;agar dia tahu aku bahagia.tapi siapa yang mampu menipu bila kebenaran terang lagi bersuluh?

akhirnya aku mengalah.saat aku menyapa dia.aku seperti mahu jatuh terduduk,terbaring juga.nafas tersekat aku kawal.petanda apa ini?walau kami bercakap tentang biasa,akhirnya terluah.bergaduh seperti dulu.sumpah aku rindu!saat aku menyebut ayat berguling guling itu,air muka kau lain.kita bergaduh tentang pendirian masing-masing.dan memang selalu,kau akan mengalah.malah,saat aku mahu membuka bicara,kau memang akan ketepikan apa yang aku tak suka.kau masih ingat.

aku mahu ini hanya umpama aku dan kau.kalaupun hati kau tiada lagi aku,aku masih membuka peluang untuk kau.saat aku ditinggalkan berguling-guling,aku hanya mengharapkan kau untuk angkat aku kembali berdiri teguh.saat kau berdalih,aku beralih ke dalihan kau.aku tetap tunggu.

hey kenangan,datang tahu malam nie!

No comments: