orang cakap,kita kena cepat bersyukur tapi jangan cepat berpuas hati.setiap kali aku terfikir quote tu saat aku dapat sesuatu yang aku impikan,aku dapat kelegaan.biarpun hati nak lagi nak lagi.bagi aku,sekali itu cukup,banyak kali adalah bonus.orang pernah cakap,aku gila sebab aku cepat happy dan suka tersenyum dengan pencapaian kecil.bagi aku,itu sudah cukup.sekurangnya aku punya pencapaian daripada omong kosong.setebal mana pencapaian baru aku boleh tersenyum bangga saat mahu melelapkan mata?
aku cepat bersyukur sebab aku tahu aku tak sehebta seperti orang lain untuk dapatkan lebih dari itu.tapi tak bermakna aku sudah berpuas hati dengan pencapaian aku.aku tetap akan berusaha untuk mendapatkan sepenuh kepuasan hati.siapa cakap aku tak pernah cemburu dengan kejayaan atau kehebatan orang lain?sumpah ada,tapi untuk apa nak melebih lebih?biarlah mereka,mungkin mereka pernah bersusah payah untuk capai apa yang mereka ada sekarang sedang aku sedang melalui perkara yang mereka pernah melalui.kadangkadang takdir pun kita perlu pegang.mungkin takdir kita lebih hebat daripada mereka.
biarlah mereka mahu kata aku ketinggalan,mungkin aku mampu untuk mengejar.bukan nya aku tak berusaha.kalau aku tak berusaha,aku tak mungkin bersyukur dengan apa yang aku dapat sekarang.walaupun tak setaraf dengan mereka.cukup lah kot buat masa sekarang.mungkin akan ada lagi nanti.doa agar ditunjukan jalan terbaik mungkin akan termakbul nanti.hampir give up tak bermakna perlu give up kan?
orang mendaki bukit pun naik perlahanlahan.mana ada orang mendaki bukit,daripada di kaki bukit terus ke on top.lainlah dorang naik helikopter ke apa ke.stop!fahamkan point aku?waktu untuk kita naik akan ada pelbagai halangan,akan ada terselit rasa give up.ketepikan semua itu baikbaik.sabar tunjang utama dalam setiap perkara kita buat.be cool tahu?cukuplah aku akhirkan dengan "AKU HAPPY GILA HARI NIE SEBAB AKU DAPAT APA YANG AKU NAK WALAUPUN TAK SEPENUHNYA!"
No comments:
Post a Comment