Monday, September 8, 2014

Realiti

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Tuhan masih menguji aku. Tandanya Dia masih sayangkan aku sebab mahu aku tunduk padaNya.

pernah tak tat kala air mata dah keluar dekat tubir mata tapi orang tak berminat nak dengar apa masalah kau, terus air mata tu masuk balik.esok hari tu kau tengok dia beriya dengar kisah orang lain, dan turut menangis sekali. fed up. janji dengan diri sendiri, takkan pernah nak ada perasaan sedih tu sampai mati. konklusi untuk situasi satu.

situasi dua dari pandangan berbeza. kau sedih dengan kisah orang yang tak ada kena mengena dengan hidup kau. dengan kata lain, dia tak tahu pun kau wujud dan kau pun tahu dia wujud lepas dia jadi viral. kau menangis macam nak gila dengan kisah dia. tapi kau tak pernah peduli, ada manusia sekeliling kau yang memang kau kenal, kisah dia lagi parah daripada orang tu, kau tak peduli lansung, sebesar zarah pun tak endah.

ada lagi, luahkan kesedihan. zahirkan tangisan. mungkin bagi kau itu suatu kepuasan. emosi takkan pernah dapat di sekat, dihalang, di tahan di bagaikan. ianya harus diluahkan. sampai kau rasa penat, lelah dan lemas.itu situasi ke tiga yang tak perlu di hurai panjang.

 situasi aku, setiap hari aku bangun dengan rasa syukur. fikirkan antara hidup dan mati. jiwa aku yang lagi satu sedang bertarung untuk teruskan hidup. dan aku, bangun pagi, pakai topeng kuat. untuk pastikan dia mampu untuk terus melawan untuk teruskan bernyawa. sakit? apa tu? aku kan dah tak ada rasa.

terima kasih, Allah. padaMu aku mengadu.

No comments: