Sunday, February 9, 2014

Mengejar

Assalamualaikum,

Sembilan-Februari-Dua-Kosong-Satu-Empat
Empat-Lima-Lima-Pagi

aku tak dapat lelap. end up aku siapkan kerja sambil Google pasal Kim Woo Bin. tak jugak, tengah fikirkan tentang degree. ah, macam biasa aku bakal rindukan rumah, katil dan lagi penting, awak-orang yang saya separuh mati sayangkan.

empat tahun hidup dengan awak dekat sebelah saya. berpisah masih dalam negara yang sama tapi dalam jarak yang jauh. saya sesak nafas setiap kali fikir. bukak mata - awak. sebelum pejam mata, pun, awak. macam mana saya nak hidup tanpa hidu bau awak, tanpa rasa kehangatan awak. takut.

tapi itulah, aku nak kejarkan apa yang aku impikan. aku nak dapatkan apa yang aku angankan. tak mudah tak senang. pengorbanan tetap akan ada. tak apa lah, positif, mulakan hidup baru.

mungkin kita akan bergelut di awal ini. tapi aku tahu, dia kepunyaan aku, cuma waktu dan masa yang akan menentukan.

ahhhh.. dah lama aku tak menjengah. rasanya selepas nie, blog akan jadi kawan baik balik. asah bakat menulis balik.

pssst; kim woo bin, bila dapat kerja sekali? ;)

No comments: