post kedua untuk tahun ini. aku cuba untuk merajinkan diri. saat aku rajin, hujan lebat, petir menggila. perut aku kecut. motif aku merajinkan diri? sebab aku rasa berhutang. *smugs*
tak ada lah, aku buat rajin sebab bajet ada orang baca belog aku yang dah lapuk nie. mungkin sebab aku rasa dengki, orang yang aku selalu baca kisah rajin update.
entah lah, semakin hari semakin kuat memberontak. kalau waktu kecil, kau hentak kaki dah kira pemberontakan besar dah. bila dah meningkat dewasa, cara memberontak kau, makin dekat dengan neraka. betul, fakta bukan sentimen - kata hamka.
tahun ini, tahun berbeza. pertengahan-nak-memasuki-usia-tua. kadangkadang, hidup rasa diselubungi rindurinduan. jarangjarang, diselimuti perasaan apa-mungkin? semakin tua, semakin banyak keluhan. hipotesis yang fakta tapi boleh di jadikan sentimen - tambah hamka.
bila dengar lagu hangguk kepala, terbayang masa kegemilangan. bila terdengar lagu redup, jiwa macam gelora terbayang waktu sekarang.
yang berbeza dahulu dan sekarang. setiap langkah ditemani. bernafas bersama, makan menangis gelak tampar menampar semuanya berteman. menyesal? sikit pun tidak kerana itu anugerah DIA.
p/s : nak ubah takdir tu susah, nak melawan takdir tak senang, nak menerima takdir lagi susah .
No comments:
Post a Comment