Yes, am back from hibernating. finding some space, restful and peacefulness of my life. alhamdulillah aku berjaya mencari jawapan kepada segala kusut masai yang aku tanggung selama ini. kali ini, mungkin berbeza cara aku menyampaikan. tempat ini terlalu banyak penderitaan. mungkin aku patut lebih ceriakan dengan kisah hidup yang seronok !
oh yea, sekarang ramdhan lagi. sekali lagi. juga berbeza kali ini. tahun sudah hidup di perantauan. bermacam pengalaman aku kutip. walaupun sekejap, itu sudah cukup buat aku faham pasal hidup sebenar. aku lari, sejauh mungkin. terlalu ngeri pengalaman itu. tahun ini, berpuasa bersama keluarga juga yang tersayang. perasaan tu lain, tersangat. belajar bertanggungjawab hari demi hari.
*tiktoktik
dahulunya, ber enambelas mata jika aku tidak salah. semuanya menitik pada hari pertama. mungkin orang cakap, aku anak manja, terlalu mendambakan ketiak mama aku. ah, lantaklah. sekurangnya, aku masih sempat berbuka bersama mama aku.
yang kisah ini pula, tak ada kisah sedih dah ! semuanya sampai telinga. yang aku berharap cumalah, JODOH. bukan GOPOH. :D
terlalu banyak yang aku mahu perkatakan. sabar. sikit sikit lah, kan? kalau tak, muak nanti ! (:
Happy Fasting to all Muslims ! (:
No comments:
Post a Comment