Wednesday, October 6, 2010

Turun Naik

saya bukan lah seorang yang baik. tapi saya sedang mencuba menjadi yang terbaik.saya tahu saya seorang yang teruk tapi saya sedang mencari peluang untuk tidak menjadi lebih teruk.

hidup ini macam ombak laut kan? ada pasang surut nya. ada tinggi rendah nya. masalah bukan lagi benda asing bagi makhluk yang bergelar manusia. tetapi apabila masalah yang bertubitubi menyerang, pada saat itulah kita mahukan sesorang yang boleh menjadi tunjang kekuatan kita di sisi. menahan segala tindak tanduk kita, menyokong segala tingkah laku kita. alangkah indah jika aku juga diberikan peluang untuk mempunyai insan seperti itu.

begitu mudah untuk menuturkan segalanya, tapi tidak untuk menanggungnya. kecewa atau tidak, diam kan sahaja. itu adalah jalan yang terbaik. aku rindu waktu dulu, sangat rindu waktu itu. kata pujangga seorang ini, jangan pernah menyesal dengan apa yang terjadi, kerana kita tidak pernah sedar apa yang kita lakukan pada waktu itu. hidup harus diteruskan. yang buruk, jadikan peringatan, yang manis, jadikan kenangan yang abadi.

with love,
aadarwina.

p/s ; tak payah nak peduli hal oranf sangat lah

1 comment:

Anonymous said...

beb , jadi kuat mcm tiger ye !
love you :)
JJ~