aku merepek pasal kenapa kita nak bermukamuka?kenapa kita tanak aje tunjuk diri sebenar?bagitahu apa yang berlaku..susah sangat ke?tak rasa bodoh bila terkantoi?tak perlu hipokrit wahai semua makhluk.hipokrit untuk kepentingan diri tak layak,hipokrit untuk jaga hati orang - ini perlu.walau seburuk mana kita kalau bermaruah dan jujur,orang tetap akan pandang kita tinggi dan mulia.sekali kita dah tipu,kaburi orang sampai orang percaya,bila berdepan sumpah orang takkan respect kita lagi.
betul,memang kita nak nampak lawa,tapi biar berpada-pada.biar orang tak kaget bila tengok kita depandepan.jangan biar orang ada rasa nak termuntah atau pengsan.kadangkadang orang macam nie la buat orang yang takde keyakinan diri yang baru nak mekar yakin diri rasa maruah tercalar.tabahkan hati wahai manusia.jangan bodohkan diri sendiri,terima kenyataan bahawa kita adalah manusia yang tak cantik rupa paras tapi masih bersyukur kerana bernyawa.masih mampu berjalan dengan kaki dua,memakai heels atau berkasut,masih mampu memegang sudu atau gelas tanpa jatuh kerana cuai,masih boleh kembang kuncup hidung menyedut dan menghembus okisgen secukupnya tanpa bantuan.
lagi satu atittude learnt - jangan kurang ajar dengan orang lebih tua.nampak sangat tak sopan.muka dah lawa,body dah canteq,tapi bajet gila sampai tak hormat orang lebih berumur dari kita.kalau suatu hari anak kita tampar kita jangan terkejut - ia mungkin karma kita yang tak reti hormatkan orang berumur dan sekeliling.dan jangan pula amalkan sikap bila senang kita cari orang kaya bila susah kita cari orang miskin yang ikhlas nk bantu kita.kadangkadang ikhlas boleh jadi benci.manusia dikurniakan akal untuk berfikir.ingat sikit,jangan nak ingat kita aje yang pandai.
entry ini untuk diri sendiri,pengajaran buat masa depan sendiri
p/s ; terima kasih BULAN! =)
No comments:
Post a Comment