Tuesday, January 5, 2010

Lihatlah Bulan Lupakan Bintang

Bulan & Bintang kalau sekali dongak ke langit,dua-dua bercahaya tapi tak semua suka pada bintang.ramai yang memilih bulan.bulan itu indah,bulan itu menenangkan,bulan itu hanya satu,bulan itu membahagiakan,bulan punya segalanya.bintang?oh..bintang terlalu banyak,terlalu biasa jika dibandingkan dengan bulan nan satu itu.bulan itu permaisuri dan bintang itu dayang yang menjaganya.mana mungkin orang jatuh hati dengan dayang?sudah tentu permaisurilah menjadi pilihan hati.itulah nasib bintang,merantau mencari sedikit rasa kasih.tak semua sudi memberi.walau ada yang sudi,namun bulan tidak luput dari hati & ingatan.hebat benar bulan itu,mampu mengalahkan bintang nan berjuta.bintang cemburu?layakah?bintang tidak perlu cemburu dek kerana bintang itu banyak,bulan pula hanya satu & sendirian.semua orang mahukan yang satu itu,yang teristimewa..bukan yang terbiasa.bulan oh bulan..alangkah indah jika bintang juga mampu menjadi bulan.bulan oh bulan..peribahasa juga lebih menggunakan bulan.sungguh istimewa ya kau wahai bulan nan satu?yang satu itu jadi sebutan,jadi pujaan.yang banyak itu tiada diendahkan.bintang membawa hati?oh,tak perlu..bintang hanya dayang yang menjaga permaisuri bulan.bulan lah segala-galanya..tanpa bulan,malam suram.tanpa bulan,ramai yang gundah gulana.tanpa bulan..langit seperti tak bernyawa.ya!tanpa bulan,langit seperti tak bernyawa.bulan adalah jantung langit..bulan adalah nadi langit..bulan adalah darah langit.bintang?hanyalah jerawat langit.jika tiada,lagi bagus.menyemak.itulah bintang..ada atau tiada sama sahaja.lebih baik jika tiada..semua bahagia.bintang oh bintang,kau tetap bersinar..tapi sinaranmu tidak sehebat si bulan yang indah itu.bintang itu hanya penyeri,bulan pula watak utama.langit pula heronya.bodohlah cerita jika menggandingkan hero dengan watak sampingan.bulan oh bulan.kau sehebat alam.tiada siapa mampu melawan.bulan mampu membuat orang tersenyum.bulan adalah penawar rindu seseorang itu.bintang pula hanya pedoman.bintang itu tiada gunanya.oh Langit,Lihatlah Bulan,Lupakan Bintang.

p/s : iloveu

No comments: