Thursday, October 8, 2009

teruskan tabahmu itu!

hey anda semua!tabahkan hati ye?jadi seperti mak kamu,dia tetap boleh teruskan hidup tanpa suaminya,tetap boleh bernafas,tetap boleh makan,tetap boleh berdiri.kerana apa?kerana suaminya tidak memberikan walau sesen atau sedikit pun kekuatan padanya,sebaliknya dia yang menanggung semuanya.jadilah seperti dia yang menjadikan tikar sembahyang sebagai tempat mengadu kepada Tuhannya.dia tahu,dia tidak mampu berbuat apa-apa,tapi dia juga tahu bahawa Tuhan sentiasa bersamanya.Tuhan itu Maha Adil,janji Tuhan itu benar,PASTI!dia terus menerus berdoa,agar dicekalkan hatinya demi anak-anak,agar dia terus tabah untuk membela nasib anak-anak,agar dia terus mampu bekerja dengan tulang empat keratnya gar dia mampu mempelihara anak-anaknya dengan bhaik,agar dia mampu memberikan pendidikan yang sempurna buat anak-anaknya.dengartlah kata-kata dan nasihatnya yang mahukan kamu semua berjaya dalam hidup.itu semua bukan untuk dirinya walaupun dia sentiasa mengatakan bahawa "belajar elok-elok,nanti boleh mama tumpang senang". sebenarnya tidak sama sekali.dia hanya tidak mahu anak-anaknya mengulangi kesilapan yang pernah dia lakukan.dia mahu anak-anaknya jauh menyimpang dari kehidupan yang pernah dia lalui.kebahagiaan nya baru bermula,kehidupan nya baru mahu di coret.

p/s : ye ye!impian semakin hampir!sayang mama!


No comments: